Saturday, September 3, 2011

Hati Manusia~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca..


Riwayat Muslim pernah berkata :
"Ketahuilah bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Yang apabila ia baik, maka baiklah seseorang itu. Dan apabila ia buruk, buruklah amalan seseorang itu..
Ketahuilah ia adalah HATI."




Berbicara tentang hati, Ibnu Qayyum berpesan :
1) dalam hati manusia ada kekusutan dan tak terurai kecuali menerima kehendakNya


2) dalam hati manusia ada keganasan dan tak hilng kecuali berjinak dengan Tuhan


3) dalam hati manusia ada kesedihan dan tak hilang kecuali mengenali Tuhan


4) dalam hati manusia ada kegelisahan dan tak tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Tuhan


5) dalam hati manusia ada penyesalan dan tak padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan Tuhan, qadak dan qadarNya serta sabar sehingga menerimanya


6) dalam hati manusia ada hajat dan tak terbendung kecuali kecintaan kepada Tuhan dan bermohon kepadaNya


*berterusan dalam berfikir kepada Allah adalah keikhlasan sebenar kepadanya. Andai dunia dan isinya diberi kepada manusia, masih tak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.*


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati akan menjadi tenteram.." (ar-Ra'd: 28)

No comments: